“DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN Asas Tindak Balas Insiden & Forensik Digital”
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniTarikh: 10 Julai 2025
Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Secara atas talian (Zoom)
Anjuran: MCMC dengan Kerjasama
Satu webinar berkaitan keselamatan siber telah diadakan secara dalam talian oleh NADI. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan insiden siber, teknik OSINT, pencarian data sensitif, serta asas forensik digital seperti hashing dan analisis bukti.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada proses menangani serangan siber secara sistematik, kaedah mencari maklumat melalui sumber terbuka, serta teknik mengenal pasti dan melindungi data sensitif. Penerangan mengenai forensik digital turut memberi gambaran awal tentang bagaimana bukti digital dikekalkan dan dianalisis.
Program ini memberi manfaat besar kepada NADI kerana dapat meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan warga kerja, memperkasakan tindak balas terhadap insiden, dan memperkukuh prosedur dalaman berkaitan keselamatan maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: